Dengan berinfak set pengurusan jenazah di bulan Ramadan, insyaAllah setiap sumbangan menjadi lebih bermakna kerana Ramadan adalah bulan di mana setiap amalan soleh digandakan ganjarannya. Infak yang dilakukan bukan sekadar membantu manusia, tetapi menjadi simpanan pahala yang berpanjangan.
Setiap set pengurusan jenazah yang sampai ke tangan mereka adalah hasil keikhlasan anda semua.
Tanpa anda, bantuan ini tidak mungkin sampai tepat pada waktunya.
Kenapa Infak ini sangat diperlukan?
Hakikat yang ramai tidak tahu...
Kos pengurusan jenazah hari ini semakin meningkat.
Bagi keluarga asnaf, warga emas yang tinggal sendirian atau mereka yang tiada waris,
Pengurusan jenazah menjadi satu beban yang sangat berat. Ada yang terpaksa berhutang untuk urus sempurnakan jenazah.
Di sinilah infak anda menjadi penyelamat..
Dengan adanya set jenazah infak dari anda ini dapat mengurangkan beban kos pengurusan jenazah tersebut. Dengan ini caj pembayaran kit jenazah bagi keluarga jenazah akan ditolak.
“Barangsiapa yang menutup jenazah saudaranya, Allah akan menutup aibnya di akhirat.”
(HR. Bukhari)
Infak Set Jenazah Hari ini
Apa yang terkandung dalam set pengurusan jenazah ini?
Set ini disediakan lengkap untuk keperluan asas pengurusan jenazah, mengikut keperluan dan adab yang sepatutnya.
✔️ Kain kafan lengkap
✔️ Keperluan mandian jenazah
✔️ Kelengkapan asas pengurusan
✔️ Disusun rapi dalam satu kotak khas

Infak Anda Sampai Ke Tempat Yang Memerlukan
Setiap infak yang diterima akan disalurkan kepada masjid dan surau terpilih di seluruh Malaysia. Tak lupa juga kepada jabatan-jabatan agama yang kerjasama bersama Telaga Sinar bagi memudahkan pembahagian set jenazah infak ini.
Kami kongsikan sebahagian penghantaran sebagai bukti amanah dan tanggungjawab.
30,000
SET JENAZAH
Berjaya Dihantar Sepanjang Tahun 2024
Penghantaran Ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
Penghantaran ke Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar,Perak
Penghantaran ke Pejabat Agama Islam Daerah Selama, Perak
Macam mana nak lihat penghantaran telah dibuat?
Anda jangan risau setiap penghantaran set jenazah infak ini akan di update di dalam
( Facebook page : Jalinan Kasih by Telaga Sinar )
Sila Follow Facebook page kami untuk sentiasa dapat info penghantaran dari pihak kami Telaga Sinar.
Usahasama Jabatan Agama
Program Jalinan kasih (Telaga Sinar) Kini komited dengan menjalinkan Kerjasama Bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan beberapa buah masjid bagi menyalurkan kit-kit jenazah ini setiap bulan bagi menguruskan jenazah-jenazah asnaf dan juga jenazah yang tiada waris atau tidak dituntut.
Bukti beberapa surat kerjasama
Dengan kerjasama ini, setiap bulan kami akan hantar set jenazah infak dari orang ramai kepada pihak ini bagi menguruskan jenazah-jenazah yang memerlukan.
.jpg)
Selain dari kerjasama
Fokus kami adalah untuk membantu pihak-pihak masjid dan surau di seluruh Malaysia bagi yang banyak membantu golongan asnaf dan jenazah tiada waris untuk dapatkan set kelengkapan jenazah ini.
Kebanyakan data penghantaran yang kami sudah hantar sebelum ini adalah di kawasan pendalaman.
Kami juga dapat permintaan yang tinggi dari Masjid dan Surau yang berhampiran dengan Hospital untuk membantu mereka yang tidak mampu menguruskan kos pengurusan jenazah ini.
Infak set jenazah ini ANDA juga boleh niatkan atas nama-nama Arwah
Nama-Nama yang anda niatkan akan ditulis di Kotak Set Jenazah yang anda infakkan.
Nama-nama ini anda boleh niatkan atas nama..
sendiri,ibu ayah,ahli keluarga atau sahabat-sahabat.
Sama ada yang masih
hidup atau telah arwah..
Semoga nama yang diniatkan ini dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan dan menjadi asbab kebaikan di dunia serta akhirat
Ribuan Terima Kasih kepada anda yang menyokong dan membantu bagi menjayakan Program Infak Set Jenazah ini

Usaha kecil ini tidak akan BERJAYA tanpa anda, sudah tentu Keluarga yang menerima bantuan dari anda ini akan gembira dan akan mendoakan kesejahteraan buat anda sekeluarga.
Langkah Mudah Infak Secara Online
Untuk teruskan infak anda, mohon dibaca sekali akad infak seperti dibawah:
"Saya dengan ini berinfak sebanyak (jumlah wang yang diinfakkan) atas nama (niat infak atas nama siapa) untuk salurkan ke Set Pengurusan Jenazah yang diuruskan oleh Program Jalinan Kasih"