"Selagi Kain Kafan ini digunakan, Selagi itu Pahala Anda Mengalir..."
Infakkan Set Pengurusan Jenazah Di bulan Ramadhan ini bagi meringankan beban jenazah dari Keluarga asnaf dan juga jenazah tidak dituntut
Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, di mana setiap amalan kebaikan dilipatgandakan pahalanya. Bersama-sama kita merebut peluang ini dengan infak set pengurusan jenazah untuk membantu mereka yang memerlukan dalam waktu-waktu sukar.
Kebajikan Terbaik: Membantu urusan pengurusan jenazah adalah salah satu amal jariah yang utama dalam Islam.
Pahala Berganda: Di bulan Ramadhan, setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda.
Bantu Ikhlas: Membantu ahli keluarga yang kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazah dengan lebih sempurna.
“Barangsiapa yang menutup jenazah saudaranya,
Allah akan menutup aibnya di akhirat.”
(HR. Bukhari)
Rezeki, jodoh ajal dan maut tidak siapa yang tahu. Hanya Dia. Jika kita tahu bila kematian kita, bolehlah kita membuat persediaan.
Tidak dinafikan, setiap daripada kita akan merasai kematian, tiada yang kekal kecuali Allah. Tapi kita tak tahu bila dan di mana. Namun, sebagai umatNya, kita kena bersedia untuk menempuh keadaan ini.
Walaupun kita tak tahu bila ajal kita, tapi menjadi satu keperluan untuk kita ambil tahu tentang pengurusan jenazah disekeliling kita
Ramai diantara mereka mungkin ada yang tidak mampu untuk membiayai kos pengurusan jenazah
Berapa Kos Pengurusan Jenazah Terkini?
"Barang siapa yang melayan jenazah orang Muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat, satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari dan Sunan an-Nasai)
Ketahuilah menguruskan jenazah saudara muslim, ALLAH swt menjanjikan ganjaran yang begitu hebat dan ianya satu kewajipan yakni tuntutan fardhu kifayah buat kita semua.
Menjadi Fardhu Kifayah Buat Anda! Sekiranya Masih Ada Yang Tidak Mampu Menguruskan Jenazah
Anda merupakan insan pilihan Allah untuk bersama-sama dalam membantu usaha mengedarkan set pengurusan jenazah di kawaasan pedalaman untuk melengkapkan tuntutan fardhu kifayah ini.
700 Set Pengurusan Jenazah diperlukan


KIT KELENGKAPAN SET PENGURUSAN JENAZAH
Dengan adanya Set Lengkap Pengurusan Jenazah infak ini, Mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk:
❤ Tidak perlu Membayar kos kelengkapan pengurusan jenazah
❤Mencari kain kafan dan aksesori untuk menguruskan jenazah
❤ Semua dalam satu kotak, tak perlu bersusah payah mencari di kedai untuk kumpulkan peralatan
❤ Mesra untuk orang baru menguruskan jenazah set mandian dan kain kafan sudah lengkap disediakan
Dimana Jalinan Kasih membuat Penghantaran?
Fokus kami adalah untuk serahkan kepada pihak-pihak masjid dan surau di seluruh Malaysia yang sering bantu golongan Asnaf dan jenazah tiada waris.
Dari situ, kami telah mendapat permintaan yang tinggi dari Masjid dan surau yang berhampiran dengan Hospital untuk bantu sediakan set kelengkapan yang cukup bagi keluarga yang tidak mampu menampung kos pengurusan jenazah ini.
Program Jalinan kasih (Telaga Sinar) Kini komited dengan menjalinkan Kerjasama Bersama Jabatal hal ehwal agama islam negeri sabah dan beberapa buah masjid bagi menyalurkan kit-kit jenazah ini setiap bulan bagi menguruskan jenazah-jenazah asnaf dan juga jenazah yang tiada waris atau tidak dituntut.
Ucapan penghargaan daripada Ketua pengurusan jenazah Masjid Jamek Ar Rahimah Kuala kubu Bharu
“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang memudahkan urusan saudaranya.”
(HR. Tirmidzi)
Macam mana nak tahu kain kafan yang telah di infak ini dihantar?
Anda jangan risau setiap penghantaran set jenazah infak ini akan di update di dalam (Facebook page Jalinan Kasih by Telaga Sinar)
Sila Follow Facebook page kami untuk sentiasa dapat info penghantaran dari pihak kami Telaga sinar
Ribuan Terima Kasih Kepada Anda menyokong dan membantu bagi menjayakan Program Jalinan Kasih
Usaha kecil ini tidak akan Berjaya tanpa anda,Sudah tentu Keluarga yang menerima bantuan dari anda ini akan gembira dan akan mendoakan kesejahteraan buat anda sekeluarga
700 Set Pengurusan Jenazah diperlukan
Jom sertai Program Infak Set Pengurusan Jenazah Di Bulan Ramadhan Yang Barakah
Langkah-langkah Mudah Infak Secara Online
Untuk teruskan infak anda, Mohon dibaca sekali akad infak seperti dibawah:
"Saya dengan ini berinfak sebanyak (Jumlah wang yang diinfakkan) atas nama (Niat infak atas nama siapa) untuk salurkan ke Set Pengurusan Jenazah yang diuruskan oleh Program jalinan Kasih"