Sudahkah anda niatkan wakaf Al-Quran untuk ibu dan ayah di bulan Ramadan kali ini?
Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, di mana setiap amalan kebaikan dilipatgandakan pahalanya. Bersama-sama kita merebut peluang ini dengan wakafkan al-quran untuk kegunaan Anak-anak Tahfiz dan pusat pengajian yang memerlukan
Mengapa Wakaf Al-Quran?
Wakaf Al-Quran adalah amalan mulia yang memberi manfaat besar kepada ummah. Dengan mewakafkan Al-Quran, kita membantu menyebarkan ilmu dan panduan hidup yang abadi. Setiap helaian yang dibaca dan dihayati, menjadi pahala yang tidak putus-putus kepada ibu dan ayah yang kita niatkan.
Kelebihan Bersedekah Dibulan Ramadhan
“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’”
(Hadis Riwayat Muslim)
Alhamdulillah sempena bulan Ramadhan kali ini Program Jalinan Kasih membuka peluang kepada anda untuk wakafkan Al-Quran Melalui Program kami.
500 naskah Al-Quran diperlukan untuk kami agihkan kepada anak-anak tahfiz dan pusat pengajian yang memerlukan.

.jpg)
.jpg)
✅ Diri sendiri
✅ Ibu dan ayah
✅ Adik beradik
✅ Saudara Mara
Mudah-mudahan setiap niat wakaf anda , inshaallah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan kebaikan buat mereka . Semoga pahala ini mengalir berterusan selagi al-quran ini di manfaatkan oleh anak-anak tahfiz, ameen.


Anda jangan risau setiap penghantaran Al-Quran ini akan di update di dalam (Facebook page Jalinan Kasih by Telaga SInar)
Sila Follow Facebook page kami untuk sentiasa dapat info penghantaran dari pihak kami Telaga sinar
Langkah-langkah Mudah Infak Secara Online
Untuk teruskan infak anda, Mohon dibaca sekali akad infak seperti dibawah:
"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (Jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (Niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan ke Pusat pengajian yang diuruskan oleh Program jalinan Kasih"