Jom Sertai Misi Pengumpulan
Al-Quran Wakaf Setiap Bulan
PERKONGSIAN DARI USTAZ HANAFI
BAGI KEMPEN WAKAF AL-QURAN
Objektif Kempen
Wakaf Al-Quran
Kempen Wakaf Al-Quran ini diwujudkan bagi membantu pusat tahfiz, institusi pengajian dan komuniti yang memerlukan mendapatkan naskhah Al-Quran yang mencukupi dan selesa digunakan.
Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk mengagihkan 500 naskhah Al-Quran kepada penerima terpilih, agar lebih ramai pelajar dapat membaca, menghafaz dan mendalami kalam Allah dalam suasana pembelajaran yang lebih baik.
Setiap naskhah yang diwakafkan bukan sekadar sebuah Al-Quran, tetapi satu peluang untuk menyumbang kepada perjalanan ilmu seseorang. Selagi ayat-ayat Allah terus dibaca, dipelajari dan diamalkan, insya-Allah manfaatnya akan terus mengalir.
Bersama-sama kita sebarkan Al-Quran, luaskan manfaat dan hidupkan pahala yang berpanjangan.
AMANAH ANDA
SETIAP WAKAF ADA MAKNANYA
KELEBIHAN AL-QURAN YANG
BAKAL ANDA HADIAHKAN
MISI BANTUAN AL-QURAN YANG TELAH BERJAYA KAMI AMANAHKAN
Hulu Langat, Selangor
Paya Jaras, Selangor
Hulu Langat, Selangor
Hulu Langat, Selangor
Sungai Besar, Selangor
Tumpat, Kelantan
Jal Besar, Tumpat, Kelantan
NIAT WAKAF
KEPADA SIAPA KITA BOLEH NIATKAN?
Nama-nama ini boleh diniatkan pada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Setiap nama-nama yang anda niatkan ini akan ditampal di lembaran Al-Quran wakaf tersebut (seperti dalam gambar di bawah).
Mudah-mudahan setiap niat wakaf anda, insya-Allah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan kebaikan buat mereka. Semoga pahala ini mengalir berterusan selagi Al-Quran ini dimanfaatkan oleh anak-anak tahfiz. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Setiap Penghantaran Akan Dikongsikan
Anda jangan risau. Setiap penghantaran Al-Quran ini akan di-update di dalam Facebook Page Jalinan Kasih By Telaga Sinar .
Sila follow Facebook Page kami untuk sentiasa mendapat info penghantaran daripada pihak kami.
USTAZ HANAFI